Tuesday, 6 November 2012
Nota dan latihan penjodoh bilangan
Nota: Penjodoh
Bilangan
1. Kata bilangan kadangkala disertai penjodoh bilangan.
2.
Letak penjodoh bilangan ialah selepas kata bilangan.
Contohnya: Ayah membeli dua sikat pisang.
3.
Ada masanya penjodoh bilangan tidak digunakan
bersama-sama dengan kata bilangan.
Contohnya: i. Semua orang peserta sudah
bersedia. (salah)
ii.
Semua peserta sudah
bersedia. (betul)
4.
Yang berikut adalah penjodoh bilangan dan
penggunaannya serta contoh.
·
Baris
- untuk benda atau manusia yang berbaris. Contohnya:
Sebaris rumah kedai terbakar
semalam.
·
Batang
– untuk benda-benda yang panjang.
Contohnya: Kakak menyimpan sebatang lilin.
·
Bentuk
– untuk benda-benda yang berkeluk.
Contohnya: Hamdi menyarungkan sebentuk cincin berlian di jari
isterinya.
·
Bidang
–
untuk benda-benda yang luas.
Contohnya: Pak Samad mendirikan
rumah di atas sebidang tanah.
·
Biji
–
untuk benda yang kecil-kecil.
Contohnya: Adik telah memecahkan
sebiji cawan
·
Bilah
–
untuk benda-benda yang tajam dan runcing.
Contohnya: Datuk sedang mengasah
sebilah kapak.
·
Buah
–
untuk benda yang tidak tentu bentuknya atau jenisnya. Contohnya:
Abang menghadiahi adik sebuah
radio.
·
Buku
–
untuk benda-benda yang berbongkah.
Contohnya: Ai Ling membeli sebuku sabun.
·
Bungkus
–
untuk benda-benda yang dibalut.
Contohnya: Dia bersarapan dengan
sebungkus mi goreng.
·
Butir
–
untuk benda-benda yang bulat atau kecil.
Contohnya: pihak polis menjumpai
sebutir peluru yang digunakan oleh
perompak itu.
·
Carik
–
untuk benda-benda yang dikoyakkan.
Contohnya: Dia menulis alamatnya
atas secarik kertas.
·
Cucuk
–
untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi.
Contohnya: kanak-kanak itu makan
beberapa cucuk sate ayam.
·
Das
–
untuk bunyi tembakan senapang atau meriam.
Contohnya: Pemburu itu melepaskan
sedas tembakan ke arah haiwan
buruan.
·
Ekor
–
untuk binatang. Contohnya: Asmah memelihara dua ekor arnab.
·
Gugus
–
untuk buah-buahan atau kumpulan benda-benda.
Contohnya: Segugus langsat habis dipijak oleh budak itu.
·
Helai
–
untuk benda-benda yang lebar dan tipis.
Contohnya: Badar memasukkan dua helai wang kertas ke dalam sampul raya.
·
Hiris
–
untuk benda-benda yang dipotong nipis-nipis.
Contohnya: saya makan sehiris betik sebagai pencuci mulut.
·
Ikat
–
untuk benda-benda yang diikat.
Contohnya: Mak Limah menjunjung
seikat kayu api.
·
Jambak
–
untuk benda yang berangkai-rangkai.
Mazlan keciciran sejambak kunci
semalam.
·
Kaki
–
untuk payung dan bunga. Contohnya: Penari itu menyelit sekaki bunga di sanggulnya.
Terdapat banyak lagi
penjodoh bilangan seperti kawan,
kelompok, keping, ketul, kotak, kuntum, laras, naskah, orang, pasang, patah,
potong, pucuk, rawan, tandan, tangkai, ulas, urat dan utas yang tidak dapat
disertakan dengan contoh.
Latihan
A
Penjodoh Bilangan.
Isi tempat kosong
dengan jawapan yang paling sesuai.
1.
Beberapa_______________ cendawan tumbuh pada
batang pokok yang reput itu.
A. kaki C. tangkai
B. kuntum D. kelopak
2.
Kak Mona menghadiahi ibu ____________________
bakul rotan.
A. sebidang C. seketul
B. sebiji D. sebuah
3.
Mereka terpaksa menyusuri se _________________
anak sungai untuk ke perkampungan orang asli.
A. kaki C. batang
B. buah D. laras
4.
Abang menggantung se ___________________ kunci
pada paku.
A. sepotong C. kelompok
B. jambak D. buah
5.
Beberapa ________________ kerusi tersusun di
dalam dewan sekolah.
A. longgok C. buah
B. keping D. baris
6.
Aris membuat se______________ kad hari jadi
untuk Natasya.
A. carik C. keeping
B. bidang D. lembar
7.
Se______________ gajah liar telah memusnahkan
lading kelapa sawit di kampong itu.
A. kawan C. pasukan
B. angkatan D. gerombolan
8.
Nenek memasukkan dua_____________ daun pandan
ke dalam pengat nagka itu.
A. urat C. helai
B. iris D. pucuk
9.
Serai yang ______________ di belakang rumahnya
itu hidup subur.
A. sejambak C. serumpun
B. sepokok D. segugus
10.
Datin Hanim membeli se ___________________ rantai dan se______________
anting- anting.
A.
utas……..pasang C. lembar…………biji
B.
urat……..bentuk D. lingkar………patah
Tuesday, 23 October 2012
Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran interaktif ialah pembelajaran
yang memerlukan penglibatan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran pula bahan bantu mengajar seperti media cetak, peralatan teknologi
maklumat dan komunikasi serta bahan –bahan pembelajaran lain diperlukan. Murid-murid digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya peralatan-peralatan terutamanya perlatan yang berkaitan dengan ICT
seperti menaip awapan pada petak kosong dengan menggunakan komputer.
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan
perisian-perisian yang disediakan oleh kementerian pelajaran untuk subjek sains
dan matematik amat menarik minat murid. Mereka
boleh melayari sendiri perisian-perisian yang disediakan. Pembelajran di kalangan murid tidak terhad di
sekolah sahaja malahan mereka dapat belajar sendiri di rumah dengan menggunakan
perisian-perisian yang bersesuaian.
Pembelajaran interaktif amat sesuai
digunakan bagi menarik dan mengekalkan minat murid-murid agar mereka dapat
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan seronok dan rasa terhibur.
Monday, 22 October 2012
SELAMAT DATANG
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia untuk semua.
Blog ini disediakan khas untuk pelajar PPG PJJ Kohort 3 UPSI.
Blog ini adalah di bawah subjek Teknologi Maklumat Sekolah Rendah.
Diharapkan agar blog ini memberi manfaat buat semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)