Tuesday, 6 November 2012

Nota dan latihan penjodoh bilangan


Nota:  Penjodoh Bilangan
1.       Kata bilangan kadangkala disertai penjodoh bilangan.
2.      Letak penjodoh bilangan ialah selepas kata bilangan.
Contohnya:  Ayah membeli dua sikat pisang.
3.       Ada masanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
Contohnya:  i.  Semua orang peserta sudah bersedia.  (salah)
                     ii.  Semua peserta sudah bersedia.  (betul)
4.       Yang berikut adalah penjodoh bilangan dan penggunaannya serta contoh.
·         Baris  - untuk benda atau manusia yang berbaris.  Contohnya:  Sebaris rumah kedai terbakar semalam.
·         Batang – untuk benda-benda yang panjang.  Contohnya:  Kakak menyimpan sebatang lilin.
·         Bentuk – untuk benda-benda yang berkeluk.  Contohnya:  Hamdi menyarungkan sebentuk cincin berlian di jari isterinya.
·         Bidang – untuk benda-benda yang luas.  Contohnya:  Pak Samad mendirikan rumah di atas sebidang tanah.
·         Biji – untuk benda yang kecil-kecil.  Contohnya:  Adik telah memecahkan sebiji cawan
·         Bilah – untuk benda-benda yang tajam dan runcing.  Contohnya:  Datuk sedang mengasah sebilah kapak.
·         Buah – untuk benda yang tidak tentu bentuknya atau jenisnya.  Contohnya:  Abang menghadiahi adik sebuah radio.
·         Buku – untuk benda-benda yang berbongkah.  Contohnya:  Ai Ling membeli sebuku sabun.
·         Bungkus – untuk benda-benda yang dibalut.  Contohnya:  Dia bersarapan dengan sebungkus mi goreng.
·         Butir – untuk benda-benda yang bulat atau kecil.  Contohnya:  pihak polis menjumpai sebutir peluru yang digunakan oleh perompak itu.
·         Carik – untuk benda-benda yang dikoyakkan.  Contohnya:  Dia menulis alamatnya atas secarik kertas.
·         Cucuk – untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi.  Contohnya:  kanak-kanak itu makan beberapa cucuk sate ayam.
·         Das – untuk bunyi tembakan senapang atau meriam.  Contohnya:  Pemburu itu melepaskan sedas tembakan ke arah haiwan buruan.
·         Ekor – untuk binatang.  Contohnya:  Asmah memelihara dua ekor arnab.
·         Gugus – untuk buah-buahan atau kumpulan benda-benda.  Contohnya:  Segugus langsat habis dipijak oleh budak itu.
·         Helai – untuk benda-benda yang lebar dan tipis.  Contohnya:  Badar memasukkan dua helai wang kertas ke dalam sampul raya.
·         Hiris – untuk benda-benda yang dipotong nipis-nipis.  Contohnya:  saya makan sehiris betik sebagai pencuci mulut.
·         Ikat – untuk benda-benda yang diikat.  Contohnya:  Mak Limah menjunjung seikat kayu api.
·         Jambak – untuk benda yang berangkai-rangkai.  Mazlan keciciran sejambak kunci semalam.
·         Kaki – untuk payung dan bunga.  Contohnya:  Penari itu menyelit sekaki bunga di sanggulnya.
Terdapat banyak lagi penjodoh bilangan seperti kawan, kelompok, keping, ketul, kotak, kuntum, laras, naskah, orang, pasang, patah, potong, pucuk, rawan, tandan, tangkai, ulas, urat dan utas yang tidak dapat disertakan dengan contoh.







Latihan A
Penjodoh Bilangan.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1.       Beberapa_______________ cendawan tumbuh pada batang pokok yang reput itu.
A.     kaki                                              C.  tangkai
B.     kuntum                                          D.  kelopak
2.       Kak Mona menghadiahi ibu ____________________ bakul rotan.
A.    sebidang                                        C.  seketul
B.     sebiji                                              D.  sebuah
3.       Mereka terpaksa menyusuri se _________________ anak sungai untuk ke perkampungan orang asli.
A.     kaki                                              C.  batang
B.     buah                                              D.  laras
4.       Abang menggantung se ___________________ kunci pada paku.
A.     sepotong                                       C.  kelompok
B.     jambak                                           D.  buah
5.       Beberapa ________________ kerusi tersusun di dalam dewan sekolah.
A.     longgok                                        C.  buah
B.     keping                                           D.  baris
6.       Aris membuat se______________ kad hari jadi untuk Natasya.
A.     carik                                             C.  keeping
B.     bidang                                           D.  lembar
7.       Se______________ gajah liar telah memusnahkan lading kelapa sawit di kampong itu.
A.     kawan                                           C.  pasukan
B.     angkatan                                        D.  gerombolan
8.       Nenek memasukkan dua_____________ daun pandan ke dalam pengat nagka itu.
A.     urat                                               C.  helai
B.     iris                                                 D.  pucuk
9.       Serai yang ______________ di belakang rumahnya itu hidup subur.
A.  sejambak                                       C.  serumpun
B.  sepokok                                         D.  segugus               
 10.  Datin Hanim membeli se ___________________ rantai dan se______________ anting-        anting.
            A.  utas……..pasang                           C.  lembar…………biji
            B.  urat……..bentuk                           D.  lingkar………patah

2 comments:

  1. Latihan yang senang dan mudah, bagus. Teruskan usaha cikgu!

    ReplyDelete
  2. Anak saya telah membuat latihan yang dipaparkan oleh cikgu.

    ReplyDelete